Senin, 13 November 2017

Definisi sahabat


Berbagai  pendapat  mengenai  definisi  sahabat  telah  dikemukakan.  Ada
pendapat yang mengatakan: "Barangsiapa yang bersahabat dengan Nabi saw. atau
melihatnya daripada orang-orang Islam, maka ia adalah daripada para sahabatnya."
Definisi inilah yang dipegang oleh al-Bukhari di dalam Sahihnya (al-Bukhari, Sahih,
v,  hlm.  1).  Sementara  gurunya  Ali  bin  al-Madini  berpendapat:  Barangsiapa  yang
bersahabat dengan  Nabi  saw. atau  melihatnya,  sekalipun  satu  jam  di  siang  hari,
adalah sahabatnya (Ibid). Manakala al-Zain al-Iraqi berkata: "Sahabat adalah siapa
saja yang berjumpa dengan Nabi sebagai seorang Muslim, kemudian mati di dalam
Islam." Said bin Musayyab berpendapat: "Barangsiapa yang tinggal bersama Nabi
selama satu tahun atau berperang bersamanya satu peperangan." Pendapat ini tidak
boleh dilaksanakan karena definisi ini mengeluarkan sahabat-sahabat yang tinggal
kurang daripada satu tahun bersama Nabi saw. dan sahabat-sahabat yang tidak ikut
berperang bersamanya. Ibn Hajar berkata: "Definisi tersebut  tidak boleh diterima
(Ibn Hajr, Fath al-Bari, viii, hlm. 1) Ibn al-Hajib menceritakan pendapat 'Umru bin
Yahya yang mensyaratkan seorang itu tinggal bersama Nabi saw. dalam masa yang
lama dan "mengambil (hadith) daripadanya (Syarh al-Fiqh al-'Iraqi, hlm.  4-3). Ada
juga pendapat yang mengatakan: "Sahabat adalah orang Muslim yang melihat Nabi
saw. dalam masa yang pendek (Ibid).
Kedudukan para sahabat
Kedudukan para sahabat dibagi menjadi tiga:
1.  Sahabat  semuanya  adil  dan  mereka  adalah  para  mujtahid.  Ini  adalah
pendapat Ahlu s-Sunnah wa l-Jama'ah.
2.  Sahabat  seperti  orang  lain,  ada  yang  adil  dan  ada  yang  fasiq  karena
mereka dinilai berdasarkan perbuatan mereka. Justru itu yang baik diberi
ganjaran  karena  kebaikannya.  Sebaliknya  yang  jahat  dibalas  dengan
kejahatannya.  Ini  adalah  pendapat  mazhab  Ahlu  l-Bait  Rasulullah
saw./Syi'ah/Imam Dua belas.
3.  Semua sahabat adalah kafir  --semoga dijauhi Allah--  ini adalah pendapat
Khawarij yang terkeluar daripada Islam.
II
Dikemukakan dibawah ini lima hadis daripada Sahih al-Bukhari (Al-Bukhari, Sahih,
(Arabic-English), by Dr. Muhammad Muhammad Muhsin Khan, Islamic University,
Medina al-Munawwara, Kazi Publications, Chicago, USA 1987, jilid viii, hlm. 378-384 (Kitab ar-Riqaq, bab fi l-Haudh) dan enam hadis dari Sahih Muslim Muslim,
Sahih, edisi Muhammad Fuad 'Abdu l-Baqi, Cairo, 1339H, jilid iv, hlm. 1793-1800
(Kitab  al-Fadha'il,  bab  Ithbat  Haudhi  n-Nabi  saw.  yang  berkaitan  dengan  topik
kajian:
Terjemahan hadis-hadis dari Sahih al-Bukhari
1.  Hadis no. 578. Daripada Abdullah bahwa Nabi  saw. bersabda: Aku akan
mendahului kamu di Haudh dan sebagian daripada kamu akan dibawa di
hadapanku. Kemudian mereka akan dipisahkan jauh daripadaku. Aku akan
bersabda:  wahai  Tuhanku!  Mereka  itu  adalah  para  sahabatku  (ashabi).
Maka dijawab: Sesungguhnya anda tidak mengetahui apa yang dilakukan
2
oleh  mereka  selepas  anda  meninggalkan  mereka  (inna-ka  la  tadri  ma
ahdathu ba'da-ka)
2.  Hadis  no.  584.  Daripada  Anas  daripada  Nabi  saw.  bersabda:  Sebagian
daripada sahabatku akan datang kepadaku di Haudh (Sungai/Kolam Susu)
sehingga aku mengenali mereka, lantas mereka dibawa jauh daripadaku.
Kemudian  aku  akan  bersabda:  Para  sahabatku  (ashabi)!  Maka  dia
(Malaikat) berkata: Anda tidak mengetahui apa yang lakukan oleh mereka
selepas anda meninggalkan mereka (inna-ka la adri ma ahdathu ba'da-ka)
3.  Hadis  no. 585.  Abu  Hazim daripada  Sahl bin  Sa'd  daripada  Nabi  saw.,
Nabi  saw.  bersabda:  Aku  akan  mendahului  kamu  di  Haudh.  Dan  siapa
yang akan melaluinya akan meminumnya. Dan siapa yang meminumnya
tidak  akan  dahaga  selama-lamanya.  Akan  datang  kepadaku  beberapa
orang yang aku kenali, dan mereka juga mengenaliku. Kemudian dihalang
di  antaraku  dan  mereka.  Abu  Hazim  berkata:  Nu'man  bin  Abi  'iyasy
berkata selepas mendengarku: Adakah anda telah mendengar sedemikian
daripada  Sahl?  Aku  menjawab:  Ya.  Aku  naik  saksi  bahwa  aku  telah
mendengar Abu Sa 'id al-Khudri berkata perkara yang sama, malah dia
menambah: Nabi saw. bersabda: Aku akan bersabda: mereka itu adalah
daripadaku  (ashabi).  Maka  dijawab:  "Sesungguhnya  anda  tidak
mengetahui apa yang dilakukan oleh mereka selepas anda meninggalkan
mereka.  Aku  akan  bersabda:  Jauh!  Jauh!  (daripada  rahmat  Allah)/ke
Neraka  mereka  yang  telah  mengubah/menukarkan  (hukum  Allah  dan
Sunnahku) selepasku (suhqan suhqan li-man ghayyara ba'di)"
4.  Abu  Hurairah  berkata  bahwa  Rasulullah  saw.  bersabda:  Sekumpulan
daripada para sahabatku akan datang kepadaku di Hari Kiamat. kemudian
mereka  akan  diusir  jauh  dari  Haudh.  Maka  aku  akan  bersabda:  Wahai
Tuhanku!  Mereka  itu  adalah  para  sahabatku  (ashabi).  Dijawab:
Sesungguhnya anda tidak mengetahui apa yang mereka lakukan selepas
anda meninggalkan mereka (inna-ka la 'ilma la-ka bima ahdathu ba'daka)Sesungguhnya mereka telah menjadi kafir-murtad kebelakang (irtaddu
'ala a'qabi-bi-himu l-Qahqariyy)
5.  Hadis  no.  586.  Daripada  Ibn  Musayyab  bahwa  Nabi  saw.  bersabda:
Sebagian  daripada  para  sahabatku  akan  mendatangiku  di  Haudh,  dan
mereka akan dipisahkan dari Haudh. Maka aku berkata: Wahai Tuhanku!
Mereka  adalah  para  sahabatku  (ashabi),  maka  akan  dijawab:
Sesungguhnya  anda  tidak  mengetahui  apa  yang  dilakukan  oleh  mereka
selepas anda meninggalkan mereka. Sesungguhnya mereka telah menjadi
kafir-murtad ke belakang selepas anda meninggalkan mereka (inna-hum
irtaddu ba 'da-ka 'ala Adbari-ka l-Qahqariyy)
6.  Hadis  no.  587.  Daripada  Abu  Hurairah  bahwa  Nabi  saw.bersabda:
Manakala  aku  sedang  tidur,  tiba-tiba  sekumpulan  (para  sahabatku)
datang kepadaku. Apabila aku mengenali mereka, tiba-tiba seorang lelaki
(Malaikat) keluar di antara aku dan mereka. Dia berkata kepada mereka :
Datang  kemari.  Aku  bertanya  kepadanya:  Ke  mana?  Dia  menjawab:  Ke
Neraka, demi  Allah.  Aku  pun  bertanya  lagi:  Apakah  kesalahan mereka?
Dia  menjawab:  Mereka  telah  menjadi  kafir-murtad  selepas  kamu
meninggalkan  mereka  (inna-hum  irtaddu  ba'da-ka  'ala  Adbari-himi  lQahqariyy).  Justru  itu  aku  tidak  melihat  mereka  selamat  melainkan
(beberapa  orang  saja)  sepertilah  unta  yang  tersesat/terbiar  daripada
3
pengembalanya (fala ara-hu yakhlusu min-hum illa mithlu hamali n-Na'
am).
Terjemahan hadis-hadis dari Sahih Muslim
1.  Hadis no. 26. (2290) Daripada Abi Hazim berkata: Aku telah mendengar
Sahlan  berkata:  Aku  telah  mendengar  Nabi  saw.  bersabda:  Aku  akan
mendahului  kamu  di  Haudh.  Siapa  yang  melaluinya,  dia  akan
meminumnya.  Dan  siapa  yang  meminumnya,  dia  tidak  akan  dahaga
selama-lamanya.  Akan  datang  kepadaku  beberapa  orang  yang  aku
mengenali mereka dan mereka mengenaliku (para sahabatku). Kemudian
dipisahkan di antaraku dan mereka. Abu Hazim berkata: Nu 'man bin Abi
'Iyasy  telah  mendengarnya dan  aku  telah  memberitahu  mereka  tentang
Hadis  ini.  Maka  dia  berkata:  Adakah  anda  telah  mendengar  Sahlan
berkata sedemikian? Dia berkata: Ya.(2291) Dia berkata: Aku naik saksi
bahwa aku telah mendengar Abu Sa'id al-Khudri menambah: Dia berkata:
Sesungguhnya  mereka  itu  adalah  daripadaku  (inna-hum  min- ni).  Dan
dijawab:  Sesungguhnya anda tidak mengetahui apa yang dilakukan oleh
mereka selepas anda meninggalkan mereka (inna-ka la tadri ma ahdathu
ba'da-ka). Maka aku (Nabi saw. bersabda: Jauh !Jauh! (daripada rahmat
Allah)/ke  Neraka  mereka  yang  telah  mengubah/menukarkan  (hukum
Tuhanku dan Sunnahku) selepasku (Suhqan suhqan li-man baddala ba'di)
2.  Hadis  no.  27  (2293)  Dia  berkata:  Asma'  binti  Abu  Bakr  berkata:
Rasulullah  saw.  bersabda:  Sesungguhnya  aku  akan  berada  di  Haudh
sehingga  aku  melihat  mereka  yang  datang  kepadaku  dikalangan  kamu
(man yaridu 'alayya min-kum). Dan mereka akan ditarik dengan pantas
(daripadaku),  maka  aku  akan  bersabda:  Wahai  Tuhanku!Mereka  itu
daripada (para sahabat)ku dan daripada umatku. Dijawab: Tidakkah anda
merasai/menyadari  apa  yang  dilakukan  oleh  mereka  selepas  anda
meninggalkan mereka (amma sya'arta ma 'amilu ba'da-ka)? Demi Allah,
mereka  senantiasa  mengundur  ke  belakang  (kembali  kepada  kekafiran)
selepas anda meninggalkan mereka (Wa Llahi!Ma barihu ba'da-ka yarji'un
'ala  a'qabi-him)  Dia  berkata:  Ibn  Abi  Mulaikah  berkata:  "Wahai
Tuhanku!Sesungguhnya kami memohon perlindungan daripadaMu supaya
kami tidak mengundur ke belakang (kembali kepada kekafiran) atau kami
difitnahkan tentang agama kami"
3.  Hadis  no.  28.  (2294)  Daripada  'Aisyah  berkata:  Aku  telah  mendengar
Nabi  saw.  bersabda  ketika  beliau  berada  di  kalangan  para  sahabatnya
(ashabi-hi):  Aku  akan  menunggu  mereka  di  kalangan  kamu  yang  akan
datang kepadaku. Demi Allah! Mereka akan ditarik dengan pantas dariku.
Maka aku akan bersabda: Wahai Tuhanku! Mereka adalah daripada (para
sahabat)ku  dan  daripada  umatku.  Dijawab:  Sesungguhnya  anda  tidak
mengetahui apa yang dilakukan oleh mereka selepas anda meninggalkan
mereka (inna-ka la tadri ma 'amilu ba'da-ka). Mereka sentiasa mengundur
ke belakang (kembali kepada kekafiran) (Ma zalu yarji'un 'ala a'qabi-him)
4.  Hadis no. 29 (2295) Daripada Abdullah bin Rafi'; Maula Ummi Salmah;
isteri  Nabi  saw.  Rasulullah  saw.  bersabda:  Sesungguhnya  aku  akan
mendahului  kamu  di  Haudh.  Tidak  seorang  daripada  kamu  (para
sahabatku)  akan  datang  kepadaku  sehingga  dia  akan  dihalau/diusir
4
daripadaku  (fa-yudhabbu  'anni)  sebagaimana  dihalau/diusir  unta  yang
tersesat (ka-ma yudhabbu l-Ba'iru dh-Dhallu). Aku akan bersabda: apakah
salahnya?  Dijawab:  Sesungguhnya  anda  tidak  mengetahui  apa  yang
dilakukan  oleh  mereka  selepas  anda  meninggalkan  mereka  (inna-ka  la
tadri ma ahdathu ba'da-ka). Maka aku bersabda: Jauh! (daripada rahmat
Allah) (suhqan).
5.  Hadis  no.  32(2297)  Daripada  Abdillah,  Rasulullah  saw.  bersabda:  Aku
akan  mendahului  kamu  di  Haudh.  Dan  aku  akan  bertelagah  dengan
mereka  (aqwaman).  Kemudian  aku  akan  menguasai  mereka.  Maka  aku
bersabda: Wahai Tuhanku! Mereka itu adalah para sahabatku. Mereka itu
adalah  para  sahabatku  (Ya  Rabb!Ashabi,  ashabi).  Lantas  dijawab:
Sesungguhnya  anda  tidak  mengetahui  apa  yang  dilakukan  oleh  mereka
selepas anda meninggalkan mereka (inna-ka la tadri ma ahdathu ba'da-ka)
6.  Hadis no. 40. (2304) Daripada Anas bin Malik bahwa Nabi saw. bersabda:
Akan  datang  kepadaku  di  Haudh  beberapa  lelaki  (rijalun)  daripada
mereka  yang  telah  bersahabat  denganku  (mimman  sahabani)  sehingga
aku  melihat  mereka  diangkat  kepadaku.  Kemudian  mereka  dipisahkan
daripadaku.  Maka  aku  akan  bersabda:  Wahai  Tuhanku!  Mereka  adalah
para sahabatku. Mereka adalah para sahabatku (Usaihabi). Akan dijawab
kepadaku: Sesungguhnya anda tidak mengetahui apa yang dilakukan oleh
mereka selepas anda meninggalkan mereka (inna-ka la tadri ma ahdathu
ba'da-ka).
Perkataan-perkataan yang penting di dalam hadis-hadis tersebut, Daripada hadishadis di atas kita dapati al-Bukhari telah menyebut perkataan:
a.  Ashabi (para sahabatku) secara literal sebanyak empat kali
b.  Inna-ka la tadri/la 'ilma la-ka ma ahdathu ba'da-ka (Sesungguhnya anda
tidak mengetahui apa yang dilakukan (ahdathu) oleh mereka selepas anda
meninggalkan  mereka)  sebanyak  tiga  kali.  Perkataan  ahdathu  berarti
mereka  telah  melakukan  bid'ah-bid'ah/inovasi  yang  menyalahi  al-Qur'an
dan Sunnah nabi saw..
c.  Inna-hum  Irtaddu  (Sesungguhnya  mereka  telah  menjadi  kafir-murtad)
sebanyak empat kali.
d.  Suhqan suhqan li-man gyayara ba'di [Jauh! Jauh! (daripada rahmat Allah)
/ke Nerakalah mereka yang telah mengubah/menukarkan-hukum Tuhanku
dan  Sunnahku-  selepasku]  satu  kali.  perkataan  "Ghayyara"  berarti
mengubah/ menukarkan hukum Allah dan Sunnah Nabi-Nya.
e.  Fala  arahu  yakhlusu  minhum  mithlu  hamali  n-Na'am  [Aku  tidak  fikir
mereka terselamat melainkan (beberapa orang saja) sepertilah unta yang
tersesat/terbiar daripada pengembalanya] satu kali.
Sementara Muslim telah menyebut perkataan:
a.  Ashabi (para sahabatku) secara literal satu kali.
b.  Ashabi-hi (para sahabatnya) satu kali, 
5
c.  Sahaba-ni (bersahabat denganku) satu kali
d.  Usaihabi (para sahabatku) dua kali.
e.  Innaka  la  tadri  ma  ahdathu  ba'da-ka  [sesungguhnya  anda  tidak
mengetahui  apa  yang  dilakukan  (ahdathu)  oleh  mereka  selepas  anda
meninggalkan mereka] tiga kali.
f.  Inna-ka  la  tadri/sya'arta  ma  'amilu  ba'da-ka  [Sesungguhnya  anda  tidak
mengetahui/menyedari  apa  yang  dilakukan  (ma  'amilu)  oleh  mereka
selepas anda meninggalkan mereka] tiga kali . Perkataan "Ma 'amilu" (Apa
yang  dilakukan  oleh  mereka)  adalah  amalan- amalan  yang  menyalahi
hukum Allah dan Sunnah Nabi-Nya. .
g.  Ma  barihu/Ma  zalu  Yarji'un  'ala  a'qabi-him  (mereka  sentiasa  kembali
kepada kekafiran) dua kali
h.  Suhqan suhqan li-man baddala ba'di [Jauh! Jauh! (daripada rahmat Allah)/
ke Nerakalah  mereka yang telah mengganti/ mengubah/ menukar-hukum
Tuhanku dan Sunnahku-  selepasku] satu kali. Perkataan "Baddala" berarti
mengganti/mengubah/menukar hukum Allah dan Sunnah Nabi-Nya.
Justeru  itu  sebab-sebab  mereka  menjadi  kafir-murtad  menurut  al-Bukhari  dan
Muslim adalah karena mereka:
1.  Ahdathu = Irtaddu/ yarji'un 'ala a'qabi-him
2.  'Amilu = Irtaddu/ yarji'un 'ala a'qabi-him
3.  Ghayyaru = Irtaddu/ yarji'un 'ala a'qabi-him
4.  Baddalu = Irtaddu/ yarji'un 'ala a'qabi-him
III
Ini berarti mereka yang telah mengubah hukum-Nya dan Sunnah NabiNya  dilaknati  (mal'unin).  Lantaran  itu  sembarang  justifikasi  (tabrirat)  seperti
Maslahah,  Masalihu  l-Mursalah,  Saddu  dh-Dhara'i',  Maqasidu  sy-Syari'ah',  dan
sebagainya  bagi  mengubah/menukar/menangguh/membatalkan  sebagian  hukum
Allah  dan  Sunnah  Nabi-Nya  adalah  bertentangan  dengan  al- Qur'an  dan  Sunnah
Nabi saw. Jika mereka terus melakukan sedemikian, maka mereka bukanlah Ahlu sSunnah Nabi saw., malah mereka adalah Ahli anti Sunnah nabi saw. Sebab utama
yang  membawa  mereka  menjadi  kafir-murtad  (Irtaddu/La  yazalun  yarji'un  'ala
a'qabi-him)  di dalan  hadis-hadis  tersebut  adalah karena  mereka  telah  mengubah
sebagian  hukum  Allah  dan  Sunnah  Nabi-Nya  (baddalu  wa  ghayyaru)  dengan
melakukan berbagai bid'ah (ahdathu) dan amalan-amalan ('amilu) yang menyalahi
al-Qur'an dan Sunnah Nabi saw. Perkara yang sama akan berlaku kepada kita di
abad ini jika kita melakukan perkara yang sama. Menurut al-Bukhari dan Muslim,
hanya  sebilangan  kecil  daripada  mereka  terselamat  seperti  bilangan  unta  yang
tersesat/terbiar (mithlu hamali n-Na 'am). Justeru itu konsep keadilan semua para
sahabat  yang  diciptakan  oleh  Abu  l-Hasan  al-Asy'ari  (al-Asy'ari,  al-Ibanah,  cairo,
1958,  hlm.  12)  dan  dijadikan  akidah  Ahlu  s-Sunnah  wa  l-Jama'ah  adalah
bertentangan dengan hadis-hadis tersebut.
Walau  bagaimanapun  hadis-hadis  tersebut  adalah  bertepatan  dengan
firman-Nya  di  dalam  Surah  al-Saba'  (34):  131  "Dan  sedikit  daripada  hambahambaKu  yang  bersyukur",  firman-Nya  di  dalam  Surah  Yusuf  (12):  103  "Dan
kebanyakan  manusia  bukanlah  orang-orang  yang  beriman,  meskipun  engkau
6
harapkan", dan firman-Nya di dalam Surah Sad (38): 24 "Melainkan orang-orang
yang beriman, dan beramal salih, tetapi sedikit (bilangan) mereka" Dia berfirman
kepada  Nuh  di  dalam  Surah  Hud  (11):  40  "  Dan  tiadalah  beriman  bersamanya
melainkan sedikit saja." Mukminun adalah sedikit. Justru itu tidak heranlah jika di
kalangan para sahabat ada yang telah mengubah Sunnah Nabi saw., tidak meridhoi
keputusan  yang  dibuat  oleh  Nabi  saw.  Malah  mereka  menuduh  beliau
melakukannya karena kepentingan diri sendiri dan bukan karena Allah (swt). AlBukhari di dalam Sahihnya, Jilid IV, hlm. 47 bab al-Sabr 'Ala al-Adha meriwayatkan
bahwa  al-A'masy  telah  memberitahu  kami  bahwa  dia  berkata:  "Aku  mendengar
Syaqiq berkata: "Abdullah berkata: Suatu hari Nabi saw. telah membagikan-bagikan
sesuatu kepada para sahabatnya sebagaimana biasa dilakukannya. Tiba-tiba seorang
Ansar  mengkritiknya  seraya  berkata:  "Sesungguhnya  pembagian  ini  bukanlah
karena Allah (swt). Akupun berkata kepadanya bahwa aku akan memberitahu Nabi
saw.  mengenai  kata-katanya.  Akupun  mendatangi  beliau ketika itu  beliau  berada
bersama para sahabatnya. Lalu aku memberitahukan beliau apa yang berlaku. Tibatiba  mukanya  berubah  dan  menjadi  marah  sehingga  aku  menyesal
memberitahukannya. Kemudian beliau bersabda: "Musa disakiti lebih dari itu tetapi
beliau bersabar. "
Perhatikanlah  bagaimana  perlakuan  (ma  'amilu)  sahabat  terhadap  Nabi
saw.!  Tidakkah  apa yang  diucapkan oleh  Nabi  saw.  itu  adalah wahyu?  Tidakkah
keputusan  Nabi  saw.  itu  harus  ditaati?  Tetapi  mereka  tidak  mentaatinya  karena
mereka tidak mempercayai kemaksuman Nabi saw.. Al-Bukhari di dalam Sahihnya,
Jilid  IV,  Kitab  al-Adab  bab  Man  lam  yuwajih  al-Nas  bi  l-'Itab  berkata:  "Aisyah
berkata:  Nabi  saw.  pernah  melakukan  sesuatu  kemudian  membenarkan  para
sahabat  untuk  melakukannya.  Tetapi  sebagian  para  sahabat  tidak  melakukannya.
Kemudian  berita  ini  sampai  kepada  Nabi  saw.,  maka  beliau  memberi  khutbah
memuji  Allah  kemudian  bersabda:  "Kenapa  mereka  menjauhi  dari  melakukannya
perkara yang aku melakukannnya. Demi Allah, sesungguhnya aku lebih mengetahui
dari mereka tentang Allah dan lebih takut kepadaNya dari mereka."
Al-Bukhari juga di dalam Sahihnya Jilid IV, hlm. 49 bab al-Tabassum wa
al-Dhahak  (senyum  dan  ketawa)  meriwayatkan  bahwa  Anas  bin  Malik  telah
memberitahukan kami bahwa dia berkata: "Aku berjalan bersama Rasulullah saw. di
waktu itu beliau memakai burdah (pakaian) Najrani yang tebal. Tiba-tiba datang
seorang Badwi lalu menarik pakaian Nabi saw. dengan kuat. " Anas berkata: "Aku
melihat  kulit  leher  Nabi  saw.  menjadi  lebam  akibat  tarikan kuat yang dilakukan
oleh Badwi tersebut. Kemudian dia (Badwi) berkata: Wahai Muhammad! Berikan
kepadaku  sebagian  dari  harta  Allah  yang  berada  di  sisi  anda.  Maka  Nabi  saw.
berpaling  kepadanya  dan  ketawa  lalu  menyuruh  sahabatnya  supaya  memberikan
kepadanya."  Di  kalangan  mereka  ada  yang  telah  menghina  Nabi  saw.dan
mempersendakan  Nabi  saw.  dengan  mengatakan  bahwa  Nabi  saw.  "Sedang
meracau" di hadapan Nabi saw." Kitab Allah adalah cukup dan kami tidak perlu
kepada Sunnah Nabi saw." (al-Bukhari, Sahih, I, hlm. 36; Muslim, Sahih, III, hlm.
69) "Sunnah Nabi saw. mendatangkan perselisihan dan pertengkaran kepada Umat
[Al-Dhahabi,  Tadhkirah  al-Huffaz,  I,  hlm.  3]"  "  Mereka  telah  mengepung  dan
membakar rumah anak perempuan Nabi saw.Fatimah (a.s) dan berkata: "Aku akan
membakar kalian sehingga kalian keluar untuk memberi bai'ah kepada Abu Bakar."
[Al-Tabari, Tarikh, III, hlm. 198; Abu-l-Fida," Tarikh, I, hlm. 156] merampas Fadak
daripada Fatimah (a.s) yang telah diberikan kepadanya oleh Nabi saw. 
7
Semasa hidupnya (Lihat Ahmad bin Tahir al-Baghdadi, Balaghah al-Nisa',
II,  hlm.  14;  Umar  Ridha  Kahalah,  A'lam  al-Nisa',  III,  hlm.  208; Ibn  Abi  al-Hadid,
Syarh Nahj al-Balaghah, IV, hlm. 79, 92), menyakiti hati Fatimah, Ali,  al-Hasan dan
al-Husain,  karena  Rasulullah  saw.  bersabda  "Siapa  menyakiti  Fatimah,  dia
menyakitiku,  dan  siapa  menyakitiku,  dia  menyakiti  Allah"  "Siapa  menyakiti  Ali,
sesungguhnya dia menyakitiku, dan siapa yang menyakitiku, dia menyakiti Allah"
"al-Hasan dan al-Husain kedua-dua mereka adalah pemuda Syurga" (al-Qunduzi alHanafi, Yanabi' al-Mawaddah, hlm. 129-131 dan lain-lain). Mereka telah membakar
Sunnah Nabi saw. (Ibn Sa'd, Tabaqat, V, hlm. 140), "menghalangi orang ramai dari
meriwayatkan  Sunnah  Nabi  saw."  [al-Dhahabi,  Tadhkirah  al-Huffaz,  I,  hlm.  7],
mengesyaki Nabi saw. sama ada berada di atas kebenaran atau kebatilan [Muslim,
Sahih, IV, hlm. 12, 14; al-Bukhari, Sahih, II, hlm. 111], mengubah sebagian hukum
Allah dan sunnah Nabi saw. (al-Suyuti, Tarikh al-Khulafa' hlm. 136)
Al-Bukhari meriwayatkan bahwa al-Musayyab berkata: Aku berjumpa alBarra' bin 'Azib (r. a), lalu aku berkata: Alangkah beruntungnya anda karena anda
telah bersahabat (Sahabta) dengan Nabi saw. dan membaiahnya di bawah pokok.
Lantas dia menjawab: Wahai anak saudaraku! Sebenarnya anda tidak mengetahui
apa  yang  kami  lakukan  (Ahdathna-hu)  selepasnya  (al-Bukari,  Sahih,  v,  hlm.  343
(Hadis  no.  488)  Kesemua  hadis-hadis  tersebut  adalah  menepati  ayat  al-Inqilab
firman-Nya di dalam Surah Ali Imran (3): 144: "Muhammad itu tidak lain hanyalah
seorang Rasul, sungguh telah berlalu sebelumnya beberapa orang Rasul apakah jika
dia wafat atau dibunuh kamu berbalik ke belakang (murtad)? Barang siapa yang
berbalik ke belakang(murtad), maka ia tidak dapat mendatangkan mudarat kepada
Allah sedikitpun dan Allah akan memberi balasan kepada mereka yang bersyukur."
Dan bilangan yang sedikit saja yang "terselamat" adalah menepati firman-Nya di
dalam  Surah  Saba'  (34):  13:  "Dan  sedikit  sekali  dari  hamba-hambaku  yang
berterima kasih. "
Kesimpulan
Kekafiran  sebagian  besar  para  sahabat  selepas  kewafatan  Nabi  saw.
sebagaimana dicatat oleh al-Bukhari dan Muslim di dalam Sahih-Sahih mereka amat
menakutkan  sekali.  Dan  itu  menyalahi  akidah  Ahlu  s-Sunnah  wa  l-Jama'ah  yang
menegaskan  bahwa  semua  para  sahabat adalah adil  (kebal).  Lantaran  itu  manamana Muslim sama ada dia seorang yang bergelar sahabat, tabi'i, mufti, kadi dan
kita sendiri, tidak boleh mengubah/menangguhkan/melanggar/ membatalkan manamana  hukum  Allah  dan  Sunnah  Nabi-Nya  dengan  alasan  Maqasidu  sy-Syari'ah,
Maslahah,  dan  sebagainya.  Karena  Allah  dan  Rasul-Nya  tidak  akan  meridhai
perbuatan  tersebut.  Firman-Nya  "Tidak  ada  bagi  lelaki  mukmin  dan  perempuan
mukminah  (hak)  memilih  di  dalam  urusan  mereka  apabila  Allah  dan  Rasul-Nya
memutuskan  urusan  itu.  Barang  siapa  yang  mendurhakai  Allah  dan  Rasul-Nya,
maka ianya telah sesat dengan kesesatan yang nyata" (Al-Ahzab(33): 35). FirmanNya "Tidak, demi Tuhan, mereka tidak juga beriman sehingga mereka mengangkat
engkau menjadi hakim untuk mengurus perselisihan di kalangan mereka, kemudian
mereka  tiada  keberatan di  dalam hati  mereka  menerima  keputusan  engkau, dan
mereka menerima dengan sebenar-benarnya" (Al-Nisa' (4): 65) Firman-Nya "Barang
siapa  yang  tidak  menghukum  menurut  hukum  yang  diturunkan  Allah,  maka
mereka itulah orang-orang kafir" (al-Ma 'idah (5): 44) Firman-Nya "Barang siapa
yang  tidak  menghukum  menurut  hukum  yang  diturunkan  Allah,  maka  mereka
itulah orang-orang yang zalim" (al-Ma 'idah(5): 45) Firman-Nya "Barang siapa yang
tidak  menghukum  menurut  hukum  yang  diturunkan  Allah,  maka  mereka  itulah orang-orang yang fasiq" (al-Ma'idah (5): 47) Dan firman-Nya "Barang siapa yang
menentang  Rasul,  sesudah  nyata  petunjuk  baginya  dan  mengikut  bukan  jalan
orang-orang Mukmin, maka kami biarkan dia memimpin dan kami memasukkan
dia  ke  dalam  nereka  Jahannam.  Itulah  sejahat-jahat  tempat  kembali"  (Al-Nisa
'(4);115)  Semoga  semua  Muslimun  dahulu  dan  sekarang,  sama  ada  sahabat  atau
tidak, akan diampun dosa mereka dan dimasukkan ke Syurga-Nya. Amin

Tidak ada komentar:

Posting Komentar

Metode Ormond McGill

Di translate dari buku hypnosis stage ensiklopedia karya Ormond Mcgill Ini adalah metode personal saya dalam menghipnotis yang telah...